Sunday, September 19, 2010

Maher Zain Datang Malaysia!!!


Sape kenal Maher Zain? Rasenyer macam dah ramai je yang meminati lagu-lagu maher zain sebab memang best dan sesuai dengan anak-anak muda. Kalau tengok dekat facebook fanpage Maher Zain pun memang dah jelas sangat ramai yang minat dengan lagu dia. Lagu yang dinyanyikan olehh Maher Zain sangat menyentuh perasaan pendengarnya kerana penuh dengan nasihat-nasihat yang membina. Beberapa hari ni ramai yang bertanya kat aku pasal bila Maher Zain nak datang Malaysia;


"mat, bila Maher Zain nak datang?" soalan lazim dari orang yang bertanya.

"nanti aku tanyer sepupu aku, dia tau kot..tapi event ni kt UIAM" aku menjawab.

"ok-ok, nanti ko roger-roger la. aku memang nk pergi sangat ni." orang bertanya berkata lagi.


So, skarang ni aku nk roger-roger mana-mana orang yang bertanya tu berkenaan "details" kedatangan Maher Zain di Malaysia. Korang boleh la tengok maklumat "event" ni kt gambar di atas (sila click untuk poster). Untuk "Booking Ticket" korang "Click di sini" yer.

Sebenarnya bukan Maher Zain je yang akan datang kat event ni, ramai lagi seperti Shoutul Harokah (aku minat sgt!), artist malaysia dan activist LL4G. Event ni pasal pembebasan palastine dan kat sini korang akan jumper ramai activist yang memperjuangkan pembebasan palestine dan bantuan untuk palestin.


********************

p/s:
1) Click kat sini untuk Poster Event.
2) Click kat sini untuk Booking Ticket.
3) Adalah menjadi tanggungjawab kita sesama Islam untuk membantu saudara islam kita seperti di Palestine.
4) Betulkan niat sebelum pergi event. hehe..
5) Gambar asal adalah dari blog SeekForTheLight



Saturday, September 18, 2010

Handphone Lampu Suluh a.k.a "Torchlight"

Kisah kehilangan XM 5800 ku telah tamat. Kini lahirlah buah fikiran antara nak beli hp baru ke tak nak. Macam-macam soalan yang aku fikir bile nak beli hp baru ni sebab kondisi aku skarang ni baru nak bekerja, bukan dah kerja. Kang kalau beli hp baru, sangkut pulak duit nak start keje nanti. So macam mana ni? Tiba-tiba aku terfikir;


" aku nak beli handphone, but is it just a need or urgent?"


Beli hp sebelum ni pun sebab nak guna WiFi, GPS, MMS, GigiBiru dan macam-macam lagi. Tapi bila fikir-fikir balik, aku tak la guna sangat pun function yang aku nak tu. So, aku perlu hp yang ada sumer function tu tapi bukan la urgent sangat. Nanti bile dah kaya dan ada duit lebih, boleh la beli la kan.


" bile nak kaya?" aku berfikir..

" insyaAllah ada rezki kalau diusahakan" jawab sendiri. =)


Apa yang "urgent" skarang ni adalah hp yang boleh sms, call dan menghidupkan semula nombor celcom yang dah hilang tu. Funtion-function lain adalah keperluan sahaja dan bukan urgent pun. Satu hari tu aku berbual dengan mak aku, tiba-tiba mak aku cakap;


" hp mak tu tak bunyi la bile ada orang call. pelik je. dah rosak ke appe ntah tu"

" ohw, jap-jap saya tengok mana tau boleh reset ke ape ke." cepat-cepat aku cakap.


Lepas reset terus ok hp mak aku tu. Alhamdulillah, terus berbunyi bila aku try call. Time aku tengah belek-belek hp mak aku tu, rasa tertarik dengan hp ni. Nipis pun nipis, boleh call dan sms pastu siap ada "torchlight" lagi.


" Nice!!! hp ni cam best jer mak sebab nipis. huhu". aku jerit dengan perlahan.

"mak, pinjam RM100. nak beli hp mcm mak". aku meminta. huhu..


Mak aku pun bagi RM100 (RM50 x 2). Nak dipendekkan cerita, aku pun beli la hp "torchlight" tu dan aku masukkan sim kad celcom kat hp tu. Happyyy nyer!! =p


********************

p/s: bile nak beli sesuatu tu, pandai-pandai la kite nak differentiate antara perlu dan penting/urgent. Kalau tak mampu macam aku, beli la yang patut-patut je. Peace!!

Thursday, September 16, 2010

Usah Dikenang Yang Telah Hilang


Raya ke-4, Hari ni aku nak beraya kat rumah kawanku di Ayer Hitam saing dengan x-classmate ketika di UTHM dulu (amin, yok dan sape ntah nama yang sorang lagi tu). Kawan aku yang duduk Ayer Hitam ni baru je bertunang raya ke-3.. fuiyoo.. berucap la taniah-taniah dan bergurau sendalah kami semua. Bile nak balik je ;


"nak hantar kat mana mat ni?" suara siapa aku pun tak ingat.

"yokk, ko drop je aku kat bus stop uthm tu" jawab aku


Sebelum hantar aku, si amin ni nak beli kerepek kat parit raja. So, bersinggah-singgah la kat sane. Aku tengok je sambil bual-bual dengan tuan kereta baru, yok. Siap sumer diorang pun drop aku kt uthm.


Sampai je uthm, aku terfikir;

"malas nye nak tunggu bas. mesti lambat nanti, dah la blom sembahyang asar lagi ni."


Tup-tup, lalu teksi.. aku pun naik la. Time duduk dalam teksi ni, aku dah ngantuk-ngantuk. Handphone kat tangan la kan. Nokia XM 5800 ni tebal, so kalo masuk dalam poket seluar jean, rase rimas la. Dalam keadaan mengantuk dan mamai, teksi dah sampai kat bus stand batu pahat. Aku pun cepat-cepat bagi duit kat apek tu dan dia bagi baki. 10 Saat selepas keluar dari teksi;


"oi, aku tertinggal handphone!!!" tak la menjerit. dalam hati jer.


Aku terus berlari ke jalan yang apek teksi tu lalu. Malangnya dah tak nampak, aku pun call hp aku tu;


"alamak!! aku silent la pulak hp tuu... masak!!"


Call punya call, tak diangkat... Aku buat-buat cool, terus pegi smayang asar. Pastu tunggu lagi, mane la tau apek tu ade lalu lg kn. Tp takde.. harapan je ade. Terus aku call member suruh ambik. Dia teman aku carik kat area bp, tak jumpa jugak teksi tu. Maybe teksi kluang tu.. Banyak kali aku try call sampai la raye ke-5, dah tak dapat dah. Aku asik pikir positif je, mane tau apek tu tak perasan. Ye la, kan semangat 1 Malaysia. Aku call tak dapat pun mungkin sebab batery habis, batery hp tu mmg tinggal 2 bar je.

So aku pun dah officially hilang hp yg berusia 8 bulan tu. Aku pun terfikir ape yang kawan aku cakap, teksi dah sebat dah hp ko tu.. huhu... nk beli hp baru?? takda duit! guwa baru je nak start kerja. huhu.. ujian je semua ni.

Kepada kawan-kawan aku yang hebat-hebat belaka, sila text, email, sms, ym, fb or komen kt post ni korang punyer hp nombor ok! aku hilang semua nombor. Yang ada pun no budak-budak OSH.

********************

p/s:
1) Jangan tidur dalam kenderaan awam sekiranya dalam keadaan tergesa-gesa.
2) Jangan beli handphone yang tebal-tebal sebab merimaskan kalau masuk dalam poket.
3) Jangan mengkaya-kan driver teksi yang suka ambil kesempatan.

Saturday, September 11, 2010

Zikir Harian

Di hari yang mulia ini, teruskan lah beramal walaupun ramadhan telah berlalu meninggalkan kita. Zikir adalah salah satu amalan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. dan juga dapat mengingatkan kita untuk menjaga segala perbuatan kita supaya tidak melampaui atau melanggar batas sebagai seorag muslim. Berikut adalah susunan zikir tertentu berdasarkan hari tertentu yang aku dapat dari internet.


Walaupun telah kita telah disarankan supaya berzikir mengikut zikir harian, berzikirlah dengan apa cara sekalipun dan dimana-mana jua kita berada. Tak semestinya bila tak ingat zikir harian ni, terus tak leh zikir btol tak? Amalan yang ikhlas walaupun sedikit adalah lebih bermakna di sisi Allah. Selamat beramal... =)

********************

p/s:
1) Jom kita tau atau hafal makna zikir-zikir yang kita amalkan
2) Beramal lah sebelum terlambat. Sekiranya terlambat, ingatlah bahawa "late is better than never".

First Day Aidilfitri 2010

Raya tahun ni jatuh pada 10 september 2010, hari jumaat. Bile sebut je raya hari jumaat, banyak kawan-kawan aku cakap "kita pegi masjid 2 kali lakali ni. sembahyang raya ngan sembahyang jumaat". Btol jugak kan habis je smayang raya pukul 9.00 pg, pukul 1 nanti smayang jumaat plak.


Baju raya amek je sape punyer ntah kat dalam umah ni. Songkok pulak entah tahun bile punyer aku pun tak ingat, just sapu-sapu sikit je habuk kt songkok tu. Just beli selipar yang biasa-biasa dan butang baju melayu. Simple je raya tahun ni, simple kan style!. hik3x. Malam raya konon-konon nak carik baju melayu la kat area bandar, tapi memang takde yang sesuai sebab mahal sangat. Harga dah nak dekat-dekat harga baju melayu crocodile. Baek beli crocodile je, last-last tak beli pun sebab duwet tak mencukupi. Almaklum la... orang belum kerja, tak cukup budget la nak beli macam-macam.



Seminggu sblm raya memang ade usha-usha selipar ngan baju melayu. Nak beli baju melayu yang aku minat, tapi macam out off budget je. Bile nak beli selipar uang aku minat pulak, takda saiz. Hangin btol!! sebesar-besar mall ni, ade ke patot takde saiz yang aku nak. So aku pun beli kat bus stand je sehari sebelum raya. Yang best nyer harga selipar yang aku nak beli lagi murah harganya daripada yang kat mall. Ade saiz pulak tu... dengan bangga terus membayar dan balik tanpa berfikir-fikir lagi. Butang baju raya beli kat bp walk jer hasil cadangan member-member.

Pagi Raya, macam biasa la. Pegi smayang raya, salam sana salam sini. Mintak maaf kat mak sambil senyum-senyum dan berbagai lagi aktiviti biasa di hari raya.


********************

p/s:
1) Beli kat selipar kat kedai biasa lagi murah dari kat mall. Save aroud RM5-6 tuu..
2) Barang-barang yang dijual malam raya murah sket. so bersabar lah ye. jangan tak sabar-sabar nak beli macam-macam.
3) Selamat Hari Raya!! Maaf Zahir Batin okeh... =)

Thursday, September 9, 2010

Android + XPERIA X10

Esok raya! senang kata skarang dah lepas maghrib, dah kire raya la ni kan! Tapi ni ada something yang aku nak celoteh-celoteh ni. Time aku join kursus OSH di UTHM, ade la kawan kelas aku beli handphone i-mobile yang dalamnya guna OS android, tak ingat sangat version brapa tapi lama sikit rasanya (aku memang tatau pape pasal android, just memang suke android sebab product google la katakan). Sememangnya google ni memang style habis sebab siap buat OS untuk hp lagi.

Tiba-tiba sepupu aku pulak baru beli XPERIA X10 yang guna android jugak. Cis! ini memang menggugat nafsu aku ni. hahaha.. android dalam XPERIA X10 ni version baru rasanya sebab style habis dekat-dekat interface iphone. Software dan game android dah la banyak. Jeles btol rasenyer tapi nak beli takde duwet, sabar je la.



Android sangat best dan laju. Kalau nak beli hp, beli la yang android. Kang klo beli nokia symbian atau windows mobile, jangan marah baling-baling hp klo rase cam berat je OS tu. Ingat! andorid itu google dan bukan sebarang-sebarang punyer OS ok! aku xde pun android ni tapi jeles sangat dengan member-member atau sepupu sepapat yang guna android. Nokia 5800 aku ni membuhsankan je. huhu sabar mat, sabar.. =p


********************


p/s: Beli hp yg ade os android ok! tapi jangan lupa check version OS tu. Pasal software atau game, pakcik google kan ada. Terpromote pulak! tata...

Wednesday, September 8, 2010

Indahnya Permandangan


Savannah Hills!! Ini lah tempat yang aku kene pegi aritu sbb terlibat dengan program Dynamic Development. First time tengok tempat ni rase macam kt luar negara pn ade sbb mule-mule sampai je, nampak gate dia yang style. Terasa bukan main meronta-ronta teruja plak jiwa aku ni bile sampai dekat sini padahal sebelum pegi sini aku dah rase down giler sebab terpaksa. Bukan ape, program ni tak ikut jadual yang sepatutnya. Tak ke zalim tu? Hehe gurau je.. Sampai-sampai je, sumer peserta program berkumpul kat dewan. Lepas taklimat, aku dilantik jadi imam. Padahal aku rse aku kene jadi bilal mula-mula. Tapi dengan perasaan malu nk menolak, aku angguk je la kepala time dorang suruh aku jadi imam. Kang klo aku geleng kepala rase macam teruk sangat pulak sebab takut mencuba.


********************

Ketika solat qasar asar;


"Allah hu akbar!!" pastu aku terus la baca Alfatihah dan surah "dengan kuat dan yakin"

"Subhanallah!"suara makmum menegur

"Alamak, aku salah tajwid ke?" bisik hati aku. "Terus je la" rase cam takde salah je.


Terus buat jamak takhir zohor;


Sebelum aku start; ustaz tegur " Imam tak yah lagukan sangat !@#$% "

"ok" aku jawab, padahal aku tak perasan pn ape yang ustaz nk tegur. Ingat kan jangan berlagu.

"Allah hu akhbar!"aku pn terus baca Alfatihah.

"Subhanallah..." kedengaran suara makmum menegur. Aku dah berdegup-degup cuak takut salah baca. Aku perlahan kan sikit suara aku.

"Subhanallah.." makmum tegur lagi. Aku makin la cuak..

Lepas kali ketiga ditegur, baru aku perasan. Ni solat zohor dan asar, kenapa nak baca kuat. Giler malu aku. Tapi buat-buat cool je mintak maaf dekat ustaz dan semua jemaah.

********************



Permandangan indah ni aku snap sebelum balik ke naik bas. Sangat indah ciptaan Tuhan. Rase macam nak bergolak-golek je dekat atas padang ni macam dalam filem hindustan. Eh lupe nak citer, hostel dia tak best tapi kne bersyukur kan.

*******************

Moralnya;
Jangan gelabah biler ade orang suruh jadi imam walaupun ramai lagi yang layak. Cuba dulu, baru tau apa silap kita. Aku dah buat silap! Sabar je la..