Thursday, September 16, 2010

Usah Dikenang Yang Telah Hilang


Raya ke-4, Hari ni aku nak beraya kat rumah kawanku di Ayer Hitam saing dengan x-classmate ketika di UTHM dulu (amin, yok dan sape ntah nama yang sorang lagi tu). Kawan aku yang duduk Ayer Hitam ni baru je bertunang raya ke-3.. fuiyoo.. berucap la taniah-taniah dan bergurau sendalah kami semua. Bile nak balik je ;


"nak hantar kat mana mat ni?" suara siapa aku pun tak ingat.

"yokk, ko drop je aku kat bus stop uthm tu" jawab aku


Sebelum hantar aku, si amin ni nak beli kerepek kat parit raja. So, bersinggah-singgah la kat sane. Aku tengok je sambil bual-bual dengan tuan kereta baru, yok. Siap sumer diorang pun drop aku kt uthm.


Sampai je uthm, aku terfikir;

"malas nye nak tunggu bas. mesti lambat nanti, dah la blom sembahyang asar lagi ni."


Tup-tup, lalu teksi.. aku pun naik la. Time duduk dalam teksi ni, aku dah ngantuk-ngantuk. Handphone kat tangan la kan. Nokia XM 5800 ni tebal, so kalo masuk dalam poket seluar jean, rase rimas la. Dalam keadaan mengantuk dan mamai, teksi dah sampai kat bus stand batu pahat. Aku pun cepat-cepat bagi duit kat apek tu dan dia bagi baki. 10 Saat selepas keluar dari teksi;


"oi, aku tertinggal handphone!!!" tak la menjerit. dalam hati jer.


Aku terus berlari ke jalan yang apek teksi tu lalu. Malangnya dah tak nampak, aku pun call hp aku tu;


"alamak!! aku silent la pulak hp tuu... masak!!"


Call punya call, tak diangkat... Aku buat-buat cool, terus pegi smayang asar. Pastu tunggu lagi, mane la tau apek tu ade lalu lg kn. Tp takde.. harapan je ade. Terus aku call member suruh ambik. Dia teman aku carik kat area bp, tak jumpa jugak teksi tu. Maybe teksi kluang tu.. Banyak kali aku try call sampai la raye ke-5, dah tak dapat dah. Aku asik pikir positif je, mane tau apek tu tak perasan. Ye la, kan semangat 1 Malaysia. Aku call tak dapat pun mungkin sebab batery habis, batery hp tu mmg tinggal 2 bar je.

So aku pun dah officially hilang hp yg berusia 8 bulan tu. Aku pun terfikir ape yang kawan aku cakap, teksi dah sebat dah hp ko tu.. huhu... nk beli hp baru?? takda duit! guwa baru je nak start kerja. huhu.. ujian je semua ni.

Kepada kawan-kawan aku yang hebat-hebat belaka, sila text, email, sms, ym, fb or komen kt post ni korang punyer hp nombor ok! aku hilang semua nombor. Yang ada pun no budak-budak OSH.

********************

p/s:
1) Jangan tidur dalam kenderaan awam sekiranya dalam keadaan tergesa-gesa.
2) Jangan beli handphone yang tebal-tebal sebab merimaskan kalau masuk dalam poket.
3) Jangan mengkaya-kan driver teksi yang suka ambil kesempatan.

2 comments:

  1. hehehe..ciannyer...x pee...da keje b0leh beli hp baru!~;) ~oumichie~

    ReplyDelete
  2. hehehe.. umici tanak blnje ke? ahaksss =p

    ReplyDelete